Sunday, 18 August 2013

Liverpool vs Stoke City : Simon Mignolet.....!

Musim baru EPL 2013/2014 sudah bermula dengan perlawanan pertama membabitkan Liverpool lawan Stoke City.. dan...dan.. Liverpool memenangi perlawanan pertama musim ini di Anfield.. sumpahan sudah berakhir agaknya..

Coutinho..macam biasa budak magik yang Liverpool beli pada Januari tahun ini memang superb dengan hantaran hantaran berbisa beliau.. 6 kali hantaran cantik yg tidak disudahkan dengan baik.. kalau tak mau makan gol Stoke City malam ni..

Macam biasa Liverpool menguasai 55% padang.. dengan serangan serangan menarik sehingga Sturridge menjaringkan first goal of the season untuk Liverpool.. selepas itu banayk jugak percubaan yg dihasilkan tapi gagal menghasilkan gol..

Mignolet... Simon Mignolet namanya.. keeper yang mengantikan Pepe Reina untuk musim ini menjadi hero sebenar perlawanan hari ni.. minit minit akhir perlawanan Stoke City dihadiahkan penalti oleh Danial Agger.. masa ni dalam fikiran gua.. memamg Liverpool tak de luck lagi macam musim musim yg lepas.. tapi tapi.. sepakan dari pemain Stoke City.. nama apa gua tak ingat sbb gua tak sokong team tu sbb tu tak hafal nama dia.. di saat berdebar debar macam ni la munculnya hero baru utk Liverpool.. Simon Mignolet berjaya menangkis sepakan penalti pemain tersebut.. bukan sekali.. tapi 2 kali !!

Maka .. Liverpool berjaya mengutip 3 mata pertama dalam perlawanan pertama musim ni.. melalui kemenangan dramatik menentang Stoke City.. yihhhaaaaaa! YNWA..

Chow




Saturday, 18 May 2013

Top 25 Goal Musim 2012/13

Enjoy the video.. goal of the season dimenangi oleh.. Jose Enrique!!


Tuesday, 14 May 2013

Coutinho : Liverpool Nombor Sepuluh

Ada sorang budak Brazil.. dulu main dengan Inter Milan.. bulan Januari lepas masa jendela perpindahan dibuka.. Brendan Rodgers sudah kasi sign budak ni masuk Liverpool.. kasik nombor 10 kat jersi dia pakai.. nama dia Phillipe Coutinho.. gua panggi dia Tinho je.. memang magik budak ni.. masa mula mula buat debut dia main tak cukup 90 minit pun.. tapi dia punya impak..perghh susah mau cakap.. passing passing dia mmg jahat.. assist assist dia mmg susah player lawan nak baca.. tgk je masa lawan Newcastle hari tu.. macam mana dia punya pergi.. masa lawan Everton..kucar kacir jugak defend nak jaga dia.. time lawan Fulham.. tgk dia sepak sambil tergelincir pun boleh assist ke Sturridge.. dia partner dengan Sturridge memang nampak boleh pegi jauh.... kalau ada striker lain yg boleh Liverpool bawak masuk..boleh pulak baca permainan Coutinho ni.. memang cerita dia gol je la 3-4 bijik satu game!!..

Susah susah korang tgk la sendiri video kat bawah ni..aksi aksi magik dia.. nak cerita banyak pun tak guna.. siap la team lain musim depan!! YNWA..





Sunday, 31 March 2013

Aston Villa Kena Titik

Hari tu Villa ni bukan main belasah Liverpool kat Anfield tapi malam ni.. Liverpool berjaya menitik Aston Villa di Villa Park. Banyak jugak peluang Liverpool ada untuk mencetak gol tapi aku tak salahkan penyerang-penyerang The Reds ni sebab defend dorang malam ni ntah makan apa ntah sebelum game.. kemain power aku tgk. Apa-apa pun 2nd half mmg game Liverpool dan akhirnya berjaya mengutip 3 mata penuh. Jom kita tgk highlight game tadi.


Sunday, 3 March 2013

Highlight: Liverpool vs Wigan , Luis Suarez Hattrick..Coutinho Menyinar

Malas nak citer panjang, Luis Suarez hattrick manjadikan dia top scorer kat BPL sekarang ni dengan 21 gol meninggalkan Van Persie denga 19 gol. Pemain baru Coutinho terus menyerlah dengan assist assist yang menikam. Reina pula kembali perform dengan menyelamatkan banyak cubaan cubaan yang merbahaya dari Wigan. Harap Liverpool terus konsisten hingga hujung musim..YNWA



Tuesday, 19 February 2013

Luis Suarez Vs Swansea

Suarez kalau tgh form mmg macam ni kelakuan dia.. dia punya tingkah kasi kucar kacir pertahanan lawan memang tak boleh nak celen.. Kalau time tak menjadi memang haram satu gol pun tak boleh nak score.. banyak jugak jaki dengan dia tapi Liverpool fan mmg support dia dia depan belakang. Korang tgk sendiri la dia punya pergi time main dengan Swansea.. Budak Brazil yang baru beli si Coutinho pun boleh tahan dia punya skill cuma kasi chance dia adapt dulu dengan English Football punya laju. Kekadang pemain luar nih nampak laju masa Liga lain tapi masuk EPL nampak langsung tak boleh nak pegi.

Ok dok diam diam layan video ni elok-elok!

Tuesday, 5 February 2013

Livepool Vs Man City : Seri Yang Tak Patut!

Ok sekali lagi pegi main kat tempat lawan , Stadium Etihad.. dah main sedap sedap macam boleh menang, tapi macam biasa nasib takde. Kali ni Pepe Reina pulak buat silap, sekali Aguero buat magik score dari tepi, kalau ikut logik macam susah nak score.. aku pun kagum jugak..tapi aku kira lebih kepada nasib..dan nasib baik seri..!

Manchester City terlebih dulu mendahului Liverpool dengan jaringan Dzeko sebelum disamakan oleh bekas pemain City dan juga pemain baru Liverpool Daniel Sturridge selepas si Dzeko buat buat sakit kaki kena tackle dengan Agger. Sekali lagi Captain Fantastik Steven Gerrard membuat jaringan macam selalu selalu dia buat time dulu dulu score dari luar kotak penalti untuk mendahului Man City dengan 2 -1. Masa ni aku dah sengih sengih sikit dah budget menang. Tapi harapan tinggal harapan selepas si Aguero buat megik score gol menarik dari tepi garisan gol. Ok aku dah malas cakap panjang panjang, tengok sendiri la highlight game ni ok.. YNWA!!



Highlight: Liverpool vs Man City


Steven Gerrard vs Man City
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...