Monday, 31 December 2012

Highlight: Liverpool vs Queen Park Rangers

Liverpool kutip tiga mata di Loftus Road, kesemua gol dijaringkan pada separuh masa pertama iaitu 2 gol oleh Suarez dan satu gol lagi oleh Agger. Moga tahun 2013 Liverpool dapat mencatat kemenangan dengan cemerlang lagi dengan membawa masuk beberapa pemain bagi menajamkan barisan hadapan.




Saturday, 29 December 2012

Daniel Sturridge, Tom Ince dan Jack Butland

Jendela perpindahan Januari akan dibuka tak lama lagi. Kira kira dalam 3-4 hari macam tu, so sibuk sikit la En Brendan Rodgers kita buka youtube cari player-player yang sesuai dengan cara yang dia nak. 3 nama yang menjadi sebutan hangat dan yang seorang tu dengar cerita dah buat medical check up kat Melwood. Daniel Sturridge dari Chelsea, Tom Ince dari Blackpool, dulu dia ni bekas pemain Academy Liverpool jugak tapi tie Uncle Roy ambil alih corak permainan dia tak serasi dengan Liverpool ketika tu dia pindah ke kelab lain iaitu Blackpool. Seorang lagi adalah penjaga gol muda untuk England iaitu si Jack Butland, sekarang bermain di Birmingham City.

Aku ada jugak study kat youtube tgk dorang ni main..memang tunjuk skill yang dasyat je semua, tapi setelah ditiik tilik, aku rasa permainan dorang ni memang sesuai dengan cara yang dikemukakan oleh Brendan Rodgers. Walaupun banayk yang tak suka si Sturridge tu masuk Liverpool sebab cara dia main tu agak tamak sikit tapi aku percaya kena cara asuhan dengan BR mungkin gandingan Suarez, Sturridge dan Borini akan menjadi. Aku juga masih mengharap agar ada sorang lagi pemain penyerang akan dibawa masuk utk jendela perpindahan Januari nanti. Apa pun tunggu la 3-4 hari lagi jangan jadi surprise macam time sumer dulu sudah.

Daniel Sturridge ye tuan tuan semua!

Ini pula si Tom Ince

Ini dia si Butland.

Sunday, 16 December 2012

Liverpool Tewas Di Anfield

Kali ini Liverpool tewas lagi di gelanggan sendiri.. menguasai permainan dengan 60%, cubaan gol lebih dari 20 kali cuma 1 gol dapat dijaringkan oleh Kapten Steven Gerrard. Perjalanan masih panjang..terus mengharap wahai Kopites!! YNWA



Monday, 10 December 2012

Highlights: Liverpool Kutip Tiga Mata Penuh

Liverpool vs West Ham United dengan mengutip mata penuh dalam perlawanan yg penuh dramatik. Tahniah The Reds!! YNWA!


Friday, 7 December 2012

Europa League Highlight: Liverpool vs Udinese

Kepada sapa-sapa yang terlepas aksi semalam, maklum la game pukul 2pagi esok mau pegi keja. So nak tunggu sampai habis pun mata mengantuk jugak. Tapi jangan bimbang ada highlight baek punya aku share, ni dekat 10 minit jugak highlight ni, kira puashati jugak la layan. Dalam game ni Liverpool menang tipis, tapi tipis tipis pun nombor 1 jugak Liverpool duduk dalam kumpulan dan terus layak kepusingan seterusnya. Europa League pun Europa League la janji kita layan.

Thursday, 6 December 2012

Liverpool: November Top 5 Goal!



5 gol terbaik Liverpool untuk bulan November.

Monday, 3 December 2012

Highlight: Liverpool vs Southampton Dalam 90 Saat

Saksikan highlight perlawanan Liverpool menentang Southampton dalam 90 saat. Banyak cubaan-cubaan menarik dari pemain Liverpool tapi hanya satu saja gol dapat dihasilkan.

Jose Enrique Menjadi!

Jose Enrique bangkit! Pemain yang dibeli pada zaman King Kenny dilihat makin menyerlah sejak mendapat jawatan baru dalam pasukan The Reds musim ini. Musim lepas dia agak tenggelam pada separuh musim tetapi dibawah bimbingan En. Brendan Rodgers yang menukar posisi asalnya dari left back ke wing kiri, dia dilihat cukup yakin dan tangkas dengan tugas barunya itu dan dapat membaca serta melorongkan bola yang cantik ke Luis Suarez.

Sunday, 2 December 2012

Harimau Malaya Berjaya Ke Separuh Akhir

Harimau Malaya berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia menduduki tempat ke-2 dibelakang Singapura yang berjaya menewaskan Laos di Stadium Shah Alam dengan jaringan 4 gol berbalas 3.

Harimau Malaya akan bertemu Thailand pada peringat separuh akhir nanti pada 9hb Disember. Diharap skuad bimbingan Datuk Rajagobal dapat meneruskan rentak kemenangan ketika bertemu Thailand yang menang kesemua perlawanan dalam kumpulan A.


Liverpool Kutip 3 Mata

Liverpool akhirnya berjaya mengutip 3 mata penuh ketika menentang Southampton. Gol jaringan Daniel Agger meletakkan kembali ditangga ke 7 liga. Seperti biasa Liverpool menguasai permainan cuma penyudah masih lagi menghantui skuad kendalian Brendan Rodgers. Pada perlawanan ini Lucas Leiva kembali dalam kesebelasan utama. Cayalah Lucas!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...