Monday, 29 October 2012

The Suarez dive and 10 controversial goal celebrations - by goal.com

Highlight: Liverpool vs Everton 2012

Luis Suarez celebrate the first goal was an epic!

Liverpool vs Everton - 28th Oct 2012

Liverpool 2 : Everton 2 - Mata Kemenangan Kami Dicuri oleh Linesman!!!

Jaringan kemenangan yang tak di kira! hampeh betul linesman..

Sekali lagi 3 mata dicuri oleh pengadil FA dan suku sakatnya, kalau tgk memang sakit hati! Liverpool bermula dengan baik pada separuh masa pertama dengan mendahului dengan 2 gol dari Suarez walaupun gol pertma tu 'own goal' tapi aku kiara Suarez jugak la yang score sebab dia yang sepak terkena pemain Everton.

Tuesday, 23 October 2012

21 Hilarious Soccer Dives (GIFs) | Total Pro Sports

"Dive" dan penipuan dalam bolasepak memainkan peranan yang penting untuk mengelirukan pengadil bagi mendapat penalti, freekick dan sebagainya. Sila rujuk ke website untuk melihat dive-dive yang melucukan. Even manager atau jurulatih pun pandai nak menipu!


Luis Suarez Tamak?!!

Mengenai perlawanan tempohari menentang Reading di Anfield, tidak dinafikan yang Luis Suarez berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan tapi banyak percubaan yang dia lakukan tersasar dari pintu gol. Adakah Luis Suarez tamak dihadapan pintu gol? tak yakin dengan kemampuan pemain lain untk menyumbat gol? Inilah antara persoalan yang bermain di minda penyokong-penyokong Liverpool ketika ini. Budak-budak ofis aku pun menyatakan sedemikian. Kalaulah Suarez dapat membuat hantaran yang baik kepada pemain lain mungkin lebih banyak gol dihasilkan.

Monday, 22 October 2012

Jack Robinson Save - Liverpool U21 Vs Man City U21


Sunday, 21 October 2012

Highlight: Liverpool 1 : 0 Reading, Kemenangan Pertama di Anfield

Sterling meraikan gol sulongnya dalam EPL.

Saturday, 20 October 2012

Video: Steven Gerrard 168 Gol

Jom kita tengok berapa banyak gol yang captain fantastic kita score dari luar kotak penalti. Harap dia kembali dengan sentuhan- sentuhan berbisa beliau sepanjang musim 2012/13 ini.


Friday, 19 October 2012

Suso 'Signed New Long Term Contract' dengan Liverpool!


Pemain muda Liverpool menandatangani kontrak jangka panjang bersama Liverpool hari ini. Ini merupakan berita baik utuk semua peminat Liverpool sekalian. Ada khabar yang menyatakan Suso menarik minat Chelsea untuk mendapatkan khidmatnya. Menurut Liverpoolfc.com beliau amat gembira berada di Liverpool sekarang. 

Thursday, 18 October 2012

Tribute: Pep Guardiola - Barcelona FC Legend

Ini bukan cerita Liverpool, tapi ini mengenai jurulatih yang membawa penekanan tentang sistem permainan 'tiki-taka' sehingga berjaya membawa pasukan Barcelona memenangi pelbagai kejuaraan di sekitar Eropah. Boleh semak di wikipedia kalau anda mahu. Ini video tribute untuk Pep Guardiola!



Wednesday, 17 October 2012

Rumours: Arda Turan - "Saya nak main kat Liverpool!"


Adakah Arda Turan berminat nak bermain di Liverpool? Pemain sayap Turki ini yang juga peminat setia Liverpool dikhabarkan berminat untuk bermain di Liverpool jika diberi peluang. 

Katanya " I want to play at Liverpool because of the culture of the club and the fans"

"Always I mentioned, Liverpool attract me because of their tradition. In Europe, I am a Liverpool supporter, so if I go to play at Europe, I would like to play for them" katanya lagi.

Adakah dia pemain yang sesuai untuk Liverpool dan Brenden Rodgers berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Sama-sama kita tunggu Januari nanti.


Sumber: liverpool-kop




Tribute: Captain Fantastic Steven Gerrard


Kali ni aku nak buat tribute sikit mengenai kapten pasukan Liverpool FC, Steven Gerrard atau SG8 dan lebih dikenali dikalangan peminat The Red sebagai Captain Fantastic!. Kepada otai-otai dan peminat setia Liverpool nama beliau sudah tidak asing lagi. Bagi adik adik yang baru nak masuk The Reds wajib kenal dengan abang Stevie ni.

Siapa tak kenal dia yang bermain di bahagian midfield dan kadang-kadang sebagai striker ke-2 serta mempunyai kepakaran dalam menendang bola kedalam gol di luar kotak penalti yang amat superb sekali!. Selain dari kapten kepada pasukan Liverpool sekarang, dia juga adalah kapten dan tunggak kepada pasukan kebangsaannya England, respek bro!

Merupakan anak jati Liverpool, dia dilahirkan di Whiston, Merseyside pada tahun 1980 dan membuat penampilan sulung dalam skuad senior pada tahun 1998, dua tahun kemudian dipilih untuk menyertai pasukan England. Pada tahun 2005 dia pernah dipilih sebagai UEFA Club Footballer of the Year, 3 kali untuk FIFA World XI dan juga FWA Footballer of the Year 2009. Antara pencapaian terbaik beliau yang lain, dia berjaya menjulang Piala Juara Juara Eropah pada tahun 2005. 

Dibawah disenaraikan pencapaian dia bersama Liverpool FC: 
Sumber: Wikipedia

Club

Individual





Rumours: Brenden Rodger Nak Beli Alexis Sanchez!


Brenden rodger sekali lagi melakarkan impiannya untuk memikat Alexis Sanchez pada Januari nanti apabila jendela perpindahan musim sejuk dibuka. Pemain Chile yang sekarang bermain di Barcelona pada musim ini banyak memanaskan bangku simpanan sejak kembalinya penyerang David Villa yang sudah pulih dari kecederaan. Sanchez hanya bermain 4 kali musim ini dari 7 perlawanan Liga dan dia bukan pilihan pengurus Barca Tito Vilanova untuk membarisi 'first eleven' pasukan dari Nou Camp itu.

Dengan ketumpulan barisan penyerang Liverpool, ditambah pula dengan kecederaan kaki oleh Fabio Borini mungkin En Brenden hendak mencari seorang pemain yang lebih klinikal didepan pintu gol. Bagi aku, aku tak kisah kalau rumour ini benar, aku dengan lapang hati menerima kerana Sanchez merupakan pemain yang dapat bermain cara yang cuba diterapkan kepada The Reds musim ini. Apa- apa pun kita tunggu Januari nanti. YNWA!

Highlight: International Friendly - Malaysia 3 : 0 Hong Kong

Malaysia 3 - 0 Hong Kong

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa, Harimau Malaya menentang Hong Kong dengan berkesudahan kemenangan milik pasukan Harimau Malaya dengan 3 gol tidak berbalas, Harimau Malaya memula perlawanan dengan agak gugup dengan banyak bola dikuasai oleh Hong Kong pada 20 minit pertama. Selepas itu HM mula menunjukkan rentak permainan sebenar. Barisan pemain ini cuba digunakan oleh Rajagobal bagi mencari peain yang sesuai untuk Pertandingan AFF yang akan diadakan nanti.

Akhirnya penantian gol oleh penyerang berkaliber negara Safee Sali hadir pada minit ke 56 sebelum di tambah lagi dengan gol- gol oleh Safiq Rahi dan Fakri Saarani! Di harap lepas ni kita kena banyakkan bermain menentang pasukan dari Timur Tengah seperti Iran, Qatar dan sebagainya supaya pasukan kebangsaan akan lebih mantap bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia nanti. Syabas pasukan Harimau Malaya diatas kemenangan ini. Selamanya Harimau Malaya. 

Tuesday, 16 October 2012

Highlight : International Friendly Brazil 4 : 0 Japan

Getty Image
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara Brazil dan Japan telah berlangsung di Poznan, Poland dengan kesudahan Brazil menewaskan Samurai Biru dengan 4 gol tidak berbalas. Gol- gol Brazil dijaringkan oleh Neymar dengan 2 gol dan masing masing satu gol oleh Paulinho dan Kaka. Power lagi Kaka ni.

 


Cabaran "Keepy Uppy" oleh Pemain Liverpool

Sebenarnya ini adalah video tentang Cabaran Menimbang Bola Tennis atau "Keepy Uppy Challenge" yang dibuat oleh pemain pemain Liverpool. Mereka nak tengok siapa paling terrer nak timbang bola tennis guna kaki paling lama atau kiraan paling banyak. Mungkin ini merupakan aktiviti riadah bagi mengurangkan stress semasa jelajah pra musim yang lalu atau semasa masa lapang mereka di Melwood.

Jom kita tengok antara Sterling, Pacheco, Skrtel, Suso, Enrique dan Henderson siapa paling terrer. YNWA!

Keepy Uppy Challenge : Henderson

Keepy Uppy Challenge - Suso

Keepy Uppy Challenge - Sterling

Keepy Uppy Challenge - Pacheco

Keepy Uppy Challenge - Skrtel

Keepy Uppy Challenge - Enrique

Video Classic: Liverpool Musim 2004/05

Kali ini aku paparkan video review musim cemerlang Liverpool dalam saingan Liga Juara Juara dan perlawanan-perlawanan Liga Perdana untuk musim 2004/05. Tahun dimana Liverpool berjaya menjulang Piala Liga Juara Juara Eropah dengan menumpaskan AC Milan di Istanbul. Bila tengok balik video ni boleh buat aku rasa nak terharu dan gembira. Dengan ketinggalan 3 gol, Liverpool kembali bangkit semula dengan gol yang dijaringkan oleh kapten fantastik kita En. Steven Gerrard. Musim ini kita dapat tengok gol gol jaringan padu Steven Gerrard dari luar kotak penalti dan memang ia adalah kepakarannya.

Aku amat berharap Liverpool akan bangkit kembali dengan sentuhan dan juga semangat musim 2004/05 untuk kita kembali merajai Liga Perdana pada musim musim akan datang. Lain macam semangat kalau tgk video review ni banyak banyak kali, itu aku la korang aku tak tahu!! YNWA

Liverpool FC Season 2004/05 Review

Sumber: minardi86

Monday, 15 October 2012

Video Classic: Liverpool FC Season 2008/09

Liverpool ketandusan gol, tiada penyerang yang klinikal, tiang dan palang jadi penghalang, itu semua penyakit musim 2011/12 dan juga musim ini 2012/13. Kita berharap agar lepas ini Liverpool akan kembali mendapat sentuhan gol bukan saja dari penyerang tapi dari semua bahagian baik pertahanan, midfield dan juga pemain sayap kiri dan kanan. 

Video classic kali ini akan mengimbas kembali musim musim yang lepas, kali ini dimulai dengan musim 2008/09. Dimana Rafa Benitez masih pengurus Liverpool, pencapaian terbaik liga adalah pada kedudukan ke-2 dengan 86 mata dibawah Manchester United dengan Chelsea ditempat ke-3. 
YNWA!!

Liverpool FC Season 2008/09 Part 1

Liverpool FC Season 2008/09 Part 2

Liverpool FC Season 2008/09 Part 3

Video Bola: Pasukan Paling Malang!

Ini bukan cerita pasal Liverpool FC, tapi ini kisah pasukan bolasepak paling malang. Ingat senang ke nak score gol kalau nasib takde nasib. Ini adalah perlawanan Veroia VS Levadeiakos.. tapi memang lawak, mungkin banyak sangat main padang kecik jenis score gol tiang agaknya!! Jom kita tengok..


Sumber: Youtube

"Why Assaidi Can Be LFC Star"

Petikan dari Liverpoolfc.com

Standard Liege boss Ron Jans, who coached Oussama Assaidi at Heerenveen and Luis Suarez at Groningen, has offered Reds fans an insight into the potential of their new Moroccan winger.
While Kopites are all too familiar with the trickery and guile of Suarez, they are still catching their first glimpses of Assaidi, who impressed against Young Boys in Switzerland before putting in a stand-out performance against West Brom in the Capital One Cup.

However, for Jans, a host of memories leap to mind when he is questioned about the 24-year-old's talents - not least the day Assaidi hit FC Twente for six with a hat-trick and three assists.

"When Oussama first played at Heerenveen he had three different managers in one year and the last of those didn't give him a real chance," he told LFC Magazine.
"But as soon as I became coach I knew he could be a good footballer.

"He's very good in one-against-one situations when he's attacking defenders. He turns them left and right and when he was full of confidence he was a really special player, scoring goals and making a lot of assists.

"He had a really good season in 2010-11 and last year there was lots of interest in him.

"He had some great moments such as the game against FC Twente. Sometimes in your life you play a perfect game. Oussama scored a hat-trick and  gave three assists and we won 6-2 against one of the best teams in Holland."

Jans is confident the left-footer will reproduce his magic for Brendan Rodgers and Liverpool when he has fully adjusted to the unique demands of the Barclays Premier League.

And the 54-year-old, who has over two decades managerial experience, insists the Reds are the perfect club for Assaidi to play-out his peak years as a professional and has promised he will excite the Kop faithful in the process.

"It will take him time to get used to the Premier League," admitted Jans. "Defenders are likely to be quite physical against him but once he gets used to that he can be amazing.

"He knows there are areas that he can improve. But he is very keen to learn and is a player who always wants the ball.

"It was important that he went to the right club at this stage of his career and I think Liverpool is a good choice.

"Once he gets used to the club I'm sure he will excite supporters and I think that he and Luis can be two central figures for Liverpool."


Liverpool Kekal Di Anfield - Bakal Menerima 154M Pound


Menurut laporan dari banyak sumber- sumber media massa di UK. Liverpool bakal kekal di Anfield dengan menaiktaraf faciliti yang sedia ada. Liverpool tanpa Anfield ibarat layang layang tanpa tali. Stadium keramat ini menjadi tempat dimana banyak kejayaan, pahit dan manis penyokong serta pemain Liverpool itu sendiri. "This is Anfield" merupakan cogankata keramat bagi seluruh peminat diseluruh dunia selain dari You'll Never Walk Alone.

Sejak 2 tahun FSG mengambilalih Liverpool FC, ura-ura mengatakan yang stadium baru bakal dibina hanya tinggal kenangan, Liverpool City Council telah memberi lampu hijau untuk FSG menaiktaraf Stadium Anfield tidak lama lagi. Dengan kapasiti 45000 tempat duduk yang ada sekarang, kemungkinan ianya akan ditambah ke 60,000 tempat duduk dimana fasa penambahan akan dijalankan pada Road Stand dan Main Stand. Ini merupakan berita yang amat baik untuk peminat dan jugak pemain serta pihak pengurusan Liverpool. Moga dengan penaiktarafan ini akan memberi pulangan yang baik kepada kewangan Liverpool melalui penjualan tiket dan sebagainya.

Sumber: express.co.uk

Sunday, 14 October 2012

Video: Jonjo Shelvey VS San Marino

Pemain muda Liverpool si Jonjo Shelvey sekali lagi telah dipilih oleh atok Roy Hudgson untuk bermain bersama pasukan kebangsaan England menentang San Marino dengan kemenangan memihak kepada England. Walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Carrick pada minit ke 66 permainan tapi itu bukan alasan. Yang penting wakil dari Liverpool tetap bermain dengan England. Jom kita tengok!!



Sumber: http://www.youtube.com/user/moLFCstar

Rumours: Liverpool Cuba Intai Gary Hooper


Menurut Dailymail, Liverpool sedang cuba mengintai penyerang dari Celtic iaitu si Gary Hooper. Dia merupakan penyerang yang berbisa dengan menjaringkan 60 gol dengan 100 kali penampilan bersama Celtic FC atau lebih dikenali sebagai The Bhoys. Dikhabarkan Brendan Rodger amat meminati cara pemain dari Celtic ini. Dibawah ini disenaraikan 4 sebab mengapa Gary Hooper amat diperlukan bersama-sama pasukan Liverpool Januari nanti.

Brenden Rodgers: Mampukah Dia?


Brenden Rodger merupakan pengurus Liverpool FC yang baru bagi musim 2012/13. Mula dilantik pada 30 Mei 2012. Beliau merupakan bekas pengurus Swansea dan juga jurlatih untuk pasukan muda Chelsea. Pelantikan beliau mencetuskan kebimbangan dan kekecewaan dari banyak pihak atau penyokong yang mahukan bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez diberikan peluang kedua untuk mengurus kelab sesayangan ramai ini. Rafa Benitez menjadi kegemaran kerana rekodnya yang membawa Liverpool menjadi juara Liga Juara Juara Eropah pada tahun 2005 yang lalu. Rafael Benitez akan sentiasa dikenang sebagai legenda Liverpool.

Tahukah Anda: Penyokong Liverpool ke-2 Terbaik di Eropah?!.


Ini adalah video dari youtube, mengikut video ini penyokong Liverpool merupakan antara yang terbaik di Eropah. Kita sebagai penyokong Liverpool harus berbangga. Sebenarnya penyokong Liverpool memang terdiri dari seluruh pelosok dunia dan tanpa mengira kau dan keturunan. Penyokong Liverpool datang dari hati dan jiwa untuk menyokong pasukan Liverpool tak kira semasa jatuh atau bangun.

Highlight: Kelayakan Piala Dunia 2014 - Argentina Vs Uruguay

Pada perlawanan ini Argentina berjaya menewaskan pasukan negara Luis Suarez dan Sebastian Coates iaitu Uruguay dengan kemenangan 3 gol tidak berbalas. JOm kita tengok aksi pemain terbaik dunia Lionel Messi dalam perlawanan ini. Jom!


Sumber: Youtube

Highlight: Kelayakan Piala Dunia - England Vs San Marino

Highlight perlawanan untuk keayakan Piala Dunia 2014. Pasukan England menewaskan San Marino dengan keputusan England 5 : 0 San Marino.


Saturday, 13 October 2012

Lagu Keramat : You'll Never Walk Alone dan Fields of Anfield Road


Ini adalah lagu keramat Liverpool FC, setiap peminat memang akan meghafal lagu ni. Selain dari Liverpool, antara paukan yang menjadikan lagu ini sebagai lagu keramat mereka adalah pasukan Celtics FC ( sebab tu aku pun minat Celtic FC ni jugak! ) 

Rumours: Liverpool Bersedia Untuk Bid Demba Ba?


Penyerang dari Newcastle United telah beberapa kali digembar-gemburkan untuk bersama Liverpool pada musim perpindahan yang lalu. Demba Ba, 27 tahun, kiranya pemain ini sedang berada di tahap matang sebagai pemain dalam EPL dan mempunyai rekod yang baik bersama pasukan Newcastle United pada musim lalu. Bagi aku, pemain ini amat sesuai untuk digandingkan bersama sama Suarez dalam kesebelasan utama Liverpool.

Luis Suarez : Saya Mesti Berubah!

Luis Suarez menyatakan yang dia akan berubah sikapnya diatas padang berikutan kecaman yang dibuat oleh media-media di UK. Media UK mengecam sikapnya yang didapati sengaja melakukan 'dive' semasa perlawanan menentang Stoke pada minggu lepas.

Pacheco Ganti Borini?


Penyerang kita yang berusia 21 tahun, Fabio Borini mungkin akan direhatkan seama 2 bulan setelah mengalami keretakan tulang kaki. Adakah Pacheco akan diberi peluang oleh manager kita si Brenden Rodgers untuk beraksi nanti?

Rumours: Krisis Striker - Liverpool Intai Yilmaz, Ilicic, Mertens

Dikhabarkan Borini mengalami keretakan tulang tapak kaki, Maka Brenden Rodgers kini mengintai-intai untuk mencari penganti yang sesuai sebagai penyerang yang kini hanya tinggal Luis Suarez seorang. Nama-nama yang menjadi rumours bila jendela perpindahan dibukaa Januari nanti antaranya adalah striker dari Turki Burak Yilmaz yang menyertai Galsataray musim panas lalu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...