Brenden rodger sekali lagi melakarkan impiannya untuk memikat Alexis Sanchez pada Januari nanti apabila jendela perpindahan musim sejuk dibuka. Pemain Chile yang sekarang bermain di Barcelona pada musim ini banyak memanaskan bangku simpanan sejak kembalinya penyerang David Villa yang sudah pulih dari kecederaan. Sanchez hanya bermain 4 kali musim ini dari 7 perlawanan Liga dan dia bukan pilihan pengurus Barca Tito Vilanova untuk membarisi 'first eleven' pasukan dari Nou Camp itu.
Dengan ketumpulan barisan penyerang Liverpool, ditambah pula dengan kecederaan kaki oleh Fabio Borini mungkin En Brenden hendak mencari seorang pemain yang lebih klinikal didepan pintu gol. Bagi aku, aku tak kisah kalau rumour ini benar, aku dengan lapang hati menerima kerana Sanchez merupakan pemain yang dapat bermain cara yang cuba diterapkan kepada The Reds musim ini. Apa- apa pun kita tunggu Januari nanti. YNWA!
No comments:
Post a Comment