Thursday, 31 January 2013

Highlight: Liverpool vs Arsenal - Seri Yang Tak Best Sangat

Keputusan seri ni bukan la sesuatu yang best sangat bila dah leading 2 gol, tapi kebenaran tetap kebenaran, keputusan sudah pun muktamad. kalau nak jumpa balik dengan geng meriam ni musim depan pulak kot. Musim ni Liverpool kalah sekali kat Home dan seri sekali kat Away.

Walau pun orang kata lebih baik seri dari kalah tapi seri ni mmg agak menyakitkan bila kita berpeluang menyamakan mata dengan Arsenal kalau kita menang, tapi 2 gol dalam masa 3 minit memusnahkan harapan. Kemain lagi player Arsenal serang bertali arus time kena tinggal 2 - 0. gua dah senyum sinis dah pagi pagi buta time tengah leading. Tapi sengih gua tak lama tak sampai pun 90 minit, muka gua jadi kelat, tawaq hebiaq orang kedah kata. Kalau tak boleh jugak gua pegi eksen dengan geng Arsenal kat opis hari nih.

Oklah kita tumpu pulak game lawan Man City lepas nih. kita layan dulu lamputinggi game semalam!, maksud gua game pagi buta pukul 4 pagi!!


Tuesday, 29 January 2013

Coutinho..Liverpool No.10?!

Lupakan dulu kekalahan yang tak boleh blah hujung minggu lepas.. gua pegi opis pun tak boleh tahan asyik org tanya macam mana Liverpool boleh kalah.. Tak dak hal.!! Itu kena tanya Brendan Rodger kenapa dia letak pertahanan bingai takdak experience lawan Oldham.. Kalau gua coach maybe gua boleh jawab..hehehe..

Okay ini pasal pemain yang baru lepas medical check up dekat Melwood..dengar citer tengah tunggu permit kerja, Philippe Coutinho! maybe dia akan pakai nombor 10.. ada yang kata nak pakai nombor 17, gua tak kisah janji masuk Liverpool dulu lepas tu pepandai la nak pakai nombor berapa pun. Janji main kena bagus..penat penat beli 8.5 juta pound tapi jenis main sepak kelangit.. memang sah kena sound dengan gua nanti. Gua jenis tak bagi muka kali ni..muka dia nampak innocent jenis budak budak pakai smart smart pegi sekolah.. gua tengok kat youtube boleh tahan dia punya skill... tapi kalau jenis ambil masa nak adapt dengan Liverpool.. mmg gua sound direct dekat muka nanti.

Ok Coutinho, janji main sungguh sungguh belajar rajin rajin.. nanti bagus gua jugak senang hati.. fan fan tak la bahan lu nanti. Ok.. cer sebut sikit You'll Never Walk Alone.. Ingat tu Coutinho.. nyanyi kuat kuta dalam hati baru jiwa jadi kental tak ingat.


Lepas tu korang layan la game yang kalah hari tu. gua malas mau cakap banyak.. tengok ulang ulang.. hati pun sakit.!

Sunday, 27 January 2013

Philippe Coutinho ke Liverpool?!



Mengikut media media di UK, tak kira la media internet atau media analog jenis kertas melaporkan yang Liverpool bersetuju mendapatkan Philippe Coutinho dari Inter Milan, budak 'wonder' ni boleh bermain sama ada wing kanan kiri tengah dan juga penyerang, kadang kadang jadi juga budak tukang kutip bola time bola out luar padang.

Dengan Yuran perpindahan dikhabarkan sebanyak 8.5juta pound, Inter bersetuju untuk Liverpool membeli pemain ini. tak dapat Sneijder dari Inter Milan, dapat budak ni lagi ok kot sebab dia ni muda banyak dari si tua Sneijder tu yang jenis nak gaji banyak juta juta sebulan. Hari Isnin ni dia akan melakukan pemeriksaan kesihatan dan berbincang personal term dengan Liverpool. Lepas ni boleh la sama sama berlatih dengan budak budak Liverpool yg lain kat Melwood.



Sunday, 20 January 2013

3 Game 3 Gol Dari Sturridge

Liverpool vs Norwich City : Gol Handerson dan Luis Suarez




Monday, 14 January 2013

Liverpool Tewas di Old Trafford

Liverpool gagal mengutip mata pada pertemuan musuh lama di Old Trafford. Separuh masa pertama menyaksikan Manchester United menguasai perlawanan dengan Liverpool bermain agak kelaut. Sterling patutnya direhatkan dan masukkan Sturridge di awal permainan kerana dia kurang memberi impak kepada pasukan.

Selepas separuh masa kedua barulah perlawanan nampak seimbang selepas Sturridge dimasukkan dan menjaringkan gol pada debut EPL dia musim ini. Liverpool kurang membuat percubaan pada separuh masa pertama tetapi pada separuh masa kedua permainan The Reds nampak tersusun dan melakukan gerakan dan serangan yang berbahaya, cuma nasib masih belum menyebelahi Liverpool.

Di harap pada perlawanan seterusnya gandingan Borini, Sturridge dan Suarez dapat member impak yang cemerlang kepada The Reds. YNWA

szólj hozzá: Manchester United vs Liverpool 2:1 GOALS HIGH

Monday, 7 January 2013

Penampilan Pertama Sturridge..

Ni dia aksi pertama Sturridge dengan Liverpool.. boleh tahan galak nak score gayanya.. minit ke-7 dah start buat hal.. buka akaun gol bersama Liverpool. Dengar khabar dia pun dah lama direhatkan masa kat Chelsea.. Dorang tak berapa gemor nak mainkan Sturridge kat sana. Mungkin dia pun rehat rehat pi minum teh dengan Torres masa kat Chelsea ada risik risik tentang team power Liverpool. Tambah pulak si Rafa jadi coach kat sana tau mmg Sturridge ni power so dia jual kat Liverpool.. ok ok jom kita tengok aksi dia main tak bersungguh sangat time ni.. tapi tak bersungguh pun minit ke 7 dah score.. kadang kadang menyampah jugak time dia celebrate gol buat gaya tarian ular tu.. Kalau dia main bersungguh tak payah nak cerita banyak laa korang tunggu je laa nanti..ok!

FA Cup Highlight: Liverpool vs Mansfield Town

Carolyn Radford

Massive respect to Mansfield Town!.. beri tentangan yang hebat kepada team nombor 2 Liverpool dengan semangat berjuang habis-habisan tapi dinafikan oleh jaringan kontroversi Luis Suarez yang masuk menggantikan Daniel Sturridge pada separuh masa kedua. Dalam perlawanan ini juga Sturridge membuat penampilan sulong bersama pasukan barunya dan hanya mengambil masa 7 minit untuk membuka akaun golnya bersama Liverpool.

Gol Mansfield Town dijaringkan oleh penyerangnya Green selepas bersungguh-sungguh mengasak pintu gol Liverpool. Mansfield punya CEO, Carolyn Radford, boleh tahan comel! baru berusia 30 tahun.. Selain highlight jaringan kontroversi Suarez, CEO mereka pun merupakan highlight dalam perlawanan semalam. Anyway Tahniah kepada Liverpool kerana berjaya untuk pergi ke peringkat seterusnya.



Thursday, 3 January 2013

Highlight Extended Version Liverpool vs Sunderland

Tak mau sembang banyak banyak.. kali ni main cantik dominate the game all the way.. menang kat Anfield.. Stevie G passing cantik gila.. Suarez score 2 gol. Abang Long Jamie main untuk Liverpool kali ke 493.. dan banyak lagi aksi aksi menarik.. tak percaya .. dok diam diam layan sendiri..OK?!


Wednesday, 2 January 2013

Welcome to Anfield Sturridge


SAH! Daniel Sturridge ke Anfield! Pemain berusia 23 tahun dari Chelsea merupakan pemain pertama di beli oleh Liverpool pada bulan januari sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka sepertimana dilaporkan oleh Liverpoolfc.com. Dia dibawa masuk untuk memperkuatkan barisan serangan Liverpool yang dilihat agak tumpul ketika ini.

Dia memulakan kariernya di Manchester City pada tahun 2008 sebelum berpindah ke Chelsea pada tahun 2009. Diharapkan Sturridge dapat cepat menyesuaikan diri di Anfield dan dijangka di turunkan sebelum perlawanan menentang Manchester United nanti.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...