Monday, 14 January 2013

Liverpool Tewas di Old Trafford

Liverpool gagal mengutip mata pada pertemuan musuh lama di Old Trafford. Separuh masa pertama menyaksikan Manchester United menguasai perlawanan dengan Liverpool bermain agak kelaut. Sterling patutnya direhatkan dan masukkan Sturridge di awal permainan kerana dia kurang memberi impak kepada pasukan.

Selepas separuh masa kedua barulah perlawanan nampak seimbang selepas Sturridge dimasukkan dan menjaringkan gol pada debut EPL dia musim ini. Liverpool kurang membuat percubaan pada separuh masa pertama tetapi pada separuh masa kedua permainan The Reds nampak tersusun dan melakukan gerakan dan serangan yang berbahaya, cuma nasib masih belum menyebelahi Liverpool.

Di harap pada perlawanan seterusnya gandingan Borini, Sturridge dan Suarez dapat member impak yang cemerlang kepada The Reds. YNWA

szólj hozzá: Manchester United vs Liverpool 2:1 GOALS HIGH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...