Monday, 26 November 2012

HIghlight: Liverpool Vs Swansea - Seri Lagi!

Liverpool masih mencari rentak kemenangan, kali ini mencatatkan keputusan seri dengan bekas pasukan Brendan Rodgers. Jose Enrique sekali lagi bermain dengan baik tetapi gol jaringannya tidak dikira kerana offside. Secara keseluruhannya Liverpool menguasai 55% dan cerita yang sama berulang kerana tiada penyudah yang berkesan. YNWA!!

Friday, 23 November 2012

Aksi Joe Cole Vs Young Boys

Semalam Liverpool seri dengan Young Boys dalam Liga Piala Eropah. Malam tadi menjadi comeback untuk penyerang Liverpool Joe Cole, dengan aksi memberangsangkan dia assist satu gol dan score satu gol. Kira okay la tu kan?



Joe Cole vs Young Boys by lfmostar

Rumours: Edinson Cavani ke Liverpool?!


Pemain Kebangsaan Uruguay Edinson Cavani dikhabarkan akan menyertai Liverpool nanti, agennya  Claudio Annellucci mengesahkan yang Liverpool ada merisik secara rasmi kepadanya. Ini sudah dikirakan cantik ni, macam dah nak menguruguaykan skuad Liverpool. Kita tengok nanti Cavani dengan Suarez didepan, memang kucar kacir la pertahanan lawan nak mengadap mamat dua dua orang nih. Selain Suarez pemain lain dalam skuad Liverpool adalah Sebastian Coates.

Cavani yang bermain bersama Napoli musim ini dikhabarkan bernilai 36 juta pound, kira banyak juga duit nak pakai untuk nak dapatkan Cavani ini. Pemain Napoli berjersi no 7 ni telah menjaringkan 33 gol dalam 48 kali penampilan pada musim 2011 -12 dan 15 gol musim ini. Kalau berita ini menjadi kenyataan memang mantap la Liverpool nanti!



Wednesday, 21 November 2012

Bukan Cerita LFC - Roberto Di Matteo Di Pecat!!

Gua pulak kena pecat!!
Siapa-siapa yang pegang pengurus Chelsea mesti cepat panas bontot. Billionaire Russia En. Roman Abramovich memang tak boleh tengok langsung pasukan dia kalah berturut-turut. Kalau Rajagobal pegang Chelsea pun mau makan hari je duduk kat jawatan tu. Kali ini En. Roberto Di Matteo pulak kena pecat, dia yang mengambil alih Chelsea dari Andre Villas-Boas selepas membimbing Chelsea tak sampai satu musim. Ntah apa yang Abramovich nak pun gua tak tau. Main bola ni mana boleh main menang direct..gila apa!

Monday, 19 November 2012

Banyak Yang "Funny" Dalam Bolasepak!

Klip Video Youtube ini telah ditonton lebih 4 juta orang diseluruh dunia, banyak adegan-adegan yang tak ingin dilihat dan jugak aksi-aksi yang kelakar dalam dunia bola sepak. Itulah bolasepak se'terrer' se'profesional' pun pemain-pemain dunia adakalanya banyak benda benda bodoh terjadi.. Jom kita tengok!

Lagi Lagi Luis Suarez!


Luis Suarez Liverpool nombor 7! Siapa tak kenal Suarez, pemain yang penuh dengan kontroversi, pernah di banned 8 perlawanan atas tuduhan racist terhadap Evra. Dialah yang dituduh dive pada setiap kali perlawanan, pengadil pun jarang membuat keputusan menyebelahinya. Itulah El Pistolero pemain kebangsaan  Uruguay dan juga bekas pemain kelab AFC Ajax sebelum berpindah ke Liverpool. Kini dia mendahului pemain lain dalam EPL sebagai penjaring terbanyak dengan 10 gol.

Sunday, 18 November 2012

Highlight: Liverpool 3 - 0 Wigan Athletic

Highlight for this game tonight, Liverpool look awesome where Suarez make it doubles to be top EPL goal scorer right now. Here the highlight video for us to enjoy!



Suarez on top!!

Saturday, 17 November 2012

Liverpool Vs Wigan Athletic

Malam ni Liverpool akan bertemu Wigan di Anfield. Rekod pertemuan dengan pasukan bimbingan Roberto Martinez ni bukan la baik sangat. Cuma di harap kali ini tuah akan menyebelahi Liverpool. Kita tak mahu lagi kalah, seri kalah seri tapi nasib baik la selepas menang dengan Norwich City hari tu belum ada lagi game yang kalah cua seri je yang lebih.

Oka jom kita tengok gol-gol Liverpool dengan Wigan di Anfield. Banyak Jugak Dirk Kuyt score! memang legend la ko Kuyt!!

Thursday, 15 November 2012

Highlight: Uruguay 3 - 1 Poland (Friendly Match)

Saksikan highlight gol gol perlawanan persahabatan antara Uruguar menentang Poland dengan kemenangan memihak kepada Uruguay. Luis Suarez berjaya menjaringkan gol ke-3 untuk Uruguay.



Poland vs Uruguay 1:3 GOALS HIGHLIGHTS by UCL2410

Highlight: England 2 - 4 Sweden (Friendly Match)

Ibrahimovic menumbangkan England pada perlawanan persahabatan yang berlangsung semalam. Dia menjaringkan 4 gol pada perlawanan tersebut dan gol ke-4 adalah antara gol yang hebat darinya. Perlawanan persahabatan semalam juga merupakan penampilan Steven Gerrard kali yang ke-100 untuk England.


Wednesday, 14 November 2012

Liverpool We Love You - The Sterlings

Sementara game lambat lagi hujung minggu ni. Apa kata kita lepak lepak dengar lagu-lagu pasal Liverpool dulu :)



Monday, 12 November 2012

Highlight: Liverpool Vs Chelsea


Luis Suarez Factor

Dipetik dari LFCVideoGoals

Aksi Luis Suarez selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Chelsea 
  • Luis Suàrez is now joint topscorer in the Premer League with 8 goals in 11 games.
  • Suàrez Clear-Cut Conversion now at 44% - above van Persie (36%) & Demba Ba (43%).
  • Suàrez so far in a red: 67 games | 31 goals | 16 assists | A total of 201 dribbles | 28 wins | 18 draws | 21 defeats. 
  • Only Hatem Ben Arfa (4.9) averages more succesful dribbles per game than Suàrez.
  • In all tournaments this season, Luis Suàrez has nutmegged 22 opponents. Could nutmeg a mermaid.

Sunday, 11 November 2012

Liverpool vs Chelsea.. Adakah Sejarah Bakal Berulang

Malam ni perlawanan antara Liverpool bakal berlangsung pada tengah malam ini waktu Malaysia. Dengan prestasi Liverpool masih lagi terumbang ambing untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan dan Chelsea dilihat mampu melakukan sesuatu malam ini. Skuad bimbingan Roberto Di Matteo ini berada di kedudukan ke-2 liga mungkin dari segi psikologi nampak mampu menewaskan skuad Brendan Rodgers di Stamford Bridge bila mana kedua dua pasukan bertemu.

Kita tunggu dan lihat..aku rasa Liverpool mampu menakluk Stamford Bridge malam ini.. Adakah sejarah dimana Chelsea tewas kepada Liverpool pada pertemuan yang lalu akan berulang..?!


Friday, 9 November 2012

Europa League: Liverpool Vs Anzhi Makhachkala





Kick off Thursday, November 8 at 17:00 (UK) / 12:00 (ET) / Malaysia 12.55am (Friday, November 9) Astro HD Ch831


Anzhi Team

Georgi Gabulov, Logashov, Samba, Joao Carlos, Tagirbekov, Ahmedov, Jucilei, Zhirkov, Eto’o, Boussoufa, Traore
Subs: Pomazan, Gadzhibekov, Agalarov, Lakhiyalov, Carcela-Gonzalez, Smolov, Burmistrov
Liverpool Team
Jones, Wisdom, Carragher, Coates, Flanagan, Shelvey, Henderson, Coady, Downing, Cole, Morgan

Subs: Gulacsi, Wilson, Robinson, Assaidi, Pacheco, Suso, Sama.

Live Streaming 1

Live Streaming 2

Thursday, 8 November 2012

Highlight: Friendly Match: Malaysia Vs Thailand

Harimau kalah lagi.ntah apa yang difikirkan oleh jurulaih Malaysia Dato' Rajagobal. Adakah dia bereksperimen lagi. Kia tunggu sahaja Piala AFF 2012 nanti. Cuma rugi bila setiap kali ada friendly match dan kalah maka iu akan menjejaskan ranking Malaysia didunia!

Monday, 5 November 2012

Aksi Menarik Luis Suarez Menentang Newcastle

Aksi Luis Suarez pada perlawanan semalam. Dia merupakan ancaman kepada pertahanan lawan setakat ini. Sampai bila Liverpool nak bergantung kepada Luis Suarez untuk menghasilkan gol. Banyak cubaan Suarez cuba mengucar-kacirkan pertahanan Newcastle tapi masih kurang support atau follow up dari rakan sepasukan. Kecewa memang kecewa, harap Januari ini Liverpool dapat mencari penyerang yang dapat membaca setiap gerakan Suarez bagi menjaringkan gol.

Highlight: Liverpool 1 : 1 Newcastle United

Keputusan penuh : Liverpool 1 : 1 Newcastle United

Sunday, 4 November 2012

Penampilan ke-600 Steven Gerrard Bersama Liverpool


Perlawanan Liverpool menentang Newcastle malam ni merupakan penampilan Captain Fantastic si Gerrard yang ke -600. Dia yang berusia 32 tahun yang mana melakukan 'debut' bersama Liverpool pada November 1988 adalah dianggap 'legend' oleh peminat Liverpool. Memang anak jati Liverpool pun! Gerrad merupakan pemain yang ke-10 antara pemain pemain lagenda Liverpool lain yang pernah membuat penampilan lebih 600 kali antaranya adalah:

Saturday, 3 November 2012

Gerrard's Best Assist




Rumours: Klaas-Jan Huntelaar

Klass-Jan Huntelaar

Liverpool nampaknya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Belanda yang berusia 29 tahun ini dari Schalke. Beliau merupakan penyerang untuk Schalke04 dan pernah bermain bersama-sama dengan Luis Suarez di Ajax menjadi sasaran Brendan Rodger untuk menguatkan barisan penyerang Liverpool yang dilihat tumpul musim ini iaitu hanya 12 gol dalam sembilan perlawanan Liga?!.. haishhh!!

Thursday, 1 November 2012

Highlight: Liverpool 1 : 3 Swansea - Capital Cup


Highlight Perlawanan Liverpool vs Swansea City

Credit to: LFCVideoGoals

Rafa Benitez: Tiap Kali Liverpool Kalah Tiap Kali Tu Nak Panggil Benitez Balik

Liverpool fan mana tak kenal Rafa Benitez, Pengurus berasal dari Sepanyol yang membawa Liverpool memenangi Champion League pada tahun 2005 di Istanbul. Memang itulah saat-saat paling gemilang bagi penyokong Liverpool seluruh dunia di era millenium ni. Dia yang megurus Liverpool dari tahun 2004 - 2010 sangat-sangat diperlukan selepas King Kenny dipecat hujung musim lalu. Semua mahu Rafa buat comeback dan mengurus kembali Liverpool di Anfield. Tapi malangnya semua impian penyokong Liverpool dikecewakan oleh owner Liverpool si Henry dengan melantik Brendan Rodgers sebagai pengurus baru The Reds.


Capital One Cup : Brendan Rodgers Gagal

Dengan berakhirnya perlawanan semalam, bermakna Liverpool terkeluar dari saingan ke peringkat suku akhir dengan tewas kepada Swansea City. Brendan Rodgers gagal dalam percaturan untuk menjinakkan bekas kelab lamanya. Dengan keputusan Liverpool 1 : 3 Swansea City maka Liverpool gagal dalam mempertahankan piala yang dimenangi mereka musim lepas atau dekenali sebagai Carling Cup.

Kini hanya tinggal dua kelab besar yang masih dalam saingan iaitu Arsenal dan jugak Chelsea yang menewaskan Man Utd pada masa tambahan.


Gol tunggal Liverpool yang dijaringkan oleh Luis Suarez.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...