Thursday, 1 November 2012

Rafa Benitez: Tiap Kali Liverpool Kalah Tiap Kali Tu Nak Panggil Benitez Balik

Liverpool fan mana tak kenal Rafa Benitez, Pengurus berasal dari Sepanyol yang membawa Liverpool memenangi Champion League pada tahun 2005 di Istanbul. Memang itulah saat-saat paling gemilang bagi penyokong Liverpool seluruh dunia di era millenium ni. Dia yang megurus Liverpool dari tahun 2004 - 2010 sangat-sangat diperlukan selepas King Kenny dipecat hujung musim lalu. Semua mahu Rafa buat comeback dan mengurus kembali Liverpool di Anfield. Tapi malangnya semua impian penyokong Liverpool dikecewakan oleh owner Liverpool si Henry dengan melantik Brendan Rodgers sebagai pengurus baru The Reds.



Personally, aku pun agak kecewa bila Rafa tak buat comeback tetapi aku ambik pendekatan positif dengan memberi peluang kepada BR (bukan Baskin Robbin okay! hehehe) untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool, tapi ia bukan sesuatu yang boleh BR ubah hanya dengan satu malam. Dengan pemain-pemain average yang ditinggalkan oleh King Kenny agak susah untuk BR mengusahakan corak pemainan tiki-taka yang dibawanya. Ianya akan mengambil sedikit masa kepada pemain untuk menadaptasikan corak pemainan tersebut, cuma kelebihan yang ada pada BR adalah dia berani menggunakan pemain-pemain muda yang kurang pengalaman untuk bermain dalam first team. Memang ia akan mengundang pelbagai cemuhan dari peminat yang mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Bila Liverpool kalah mula la peminat-peminat meracau mahukan Rafa balik. mula rindu Rafa bagai nak gila, tolong la .. memang tak syak Rafa merupakan pengurus yang bagus untuk Liverpool dimana dia membawa banyak nama nama besar kedalam Liverpool seperti Torres, Luis Garcia dan sebagainya..( aku frust jugak mcm mana dia boleh terfikir nak jual Alonso kat Real Madrid dulu). Bagilah peluang untuk En Brendan kita untuk semusim dua lagi dan kita sebagai penyokong mesti berdiri teguh dibelakangnya ( Peh! cam wakil rakyat plak!). Mungkin ada magiknya yang akan dibuat oleh BR selepas Januari nanti. Dan bila dah menang berkali kali aku rasa nama Rafa Benitez akan berada dalam lipatan sejarah Liverpool untuk selamanya.

Okay.. IN BR WE TRUST! YNWA....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...