Menurut Dailymail, Liverpool sedang cuba mengintai penyerang dari Celtic iaitu si Gary Hooper. Dia merupakan penyerang yang berbisa dengan menjaringkan 60 gol dengan 100 kali penampilan bersama Celtic FC atau lebih dikenali sebagai The Bhoys. Dikhabarkan Brendan Rodger amat meminati cara pemain dari Celtic ini. Dibawah ini disenaraikan 4 sebab mengapa Gary Hooper amat diperlukan bersama-sama pasukan Liverpool Januari nanti.
- Sesuai dengan sistem yang dibawa Brendan Rodgers
- Dia masih muda
Sesuai dengan kehendak FSG yang memerlukan pemain yang muda, maka dengan umurnya pada 24 tahun ia kelihatan sangat sesuai untuk memenuhi kriteria itu. Jika dibwandingkan dengan pemain Liverpool yang lain kebanyakannya berasal dari luar, Gary Hooper merupakan seorang "British"!
- Nilai Perpindahan yang rendah
Gary Hooper mempunyai kontrak bersama pasukan Celtic sehingga tahun 2014, dilaporkan beliau enggan menandatangani kontrak baru bersama Celtic dan ini merupakan peluang terbaik buat Liverpool. Dianggarkan nilai perpindahan beliau mungkin kurang dari 10 million pound.
- Dia adalah seorang 'Proven Goal Scorer'
Dengan rekod 60 gol sebanyak 100 penampilan, beliau membuktikan yang dia adalah seorang penyerang berbisa semasa bersama Celtic. Ini merupakan seorang penyerang yang sedang dicari oleh Liverpool ditengah-tengah krisis penyerang yang kinikal pada ketika ini
Anda nilai sendiri dengan video ini:-
Sumber: Dailymail dan Bleacher Report
No comments:
Post a Comment