Sunday, 14 October 2012

Brenden Rodgers: Mampukah Dia?


Brenden Rodger merupakan pengurus Liverpool FC yang baru bagi musim 2012/13. Mula dilantik pada 30 Mei 2012. Beliau merupakan bekas pengurus Swansea dan juga jurlatih untuk pasukan muda Chelsea. Pelantikan beliau mencetuskan kebimbangan dan kekecewaan dari banyak pihak atau penyokong yang mahukan bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez diberikan peluang kedua untuk mengurus kelab sesayangan ramai ini. Rafa Benitez menjadi kegemaran kerana rekodnya yang membawa Liverpool menjadi juara Liga Juara Juara Eropah pada tahun 2005 yang lalu. Rafael Benitez akan sentiasa dikenang sebagai legenda Liverpool.

Rodgers, seorang pengurus muda yang telah berjaya membawa Swansea untuk kekal didalam Liga Perdana unutk musim ini. Dia memperkenalkan corak permainan 'tiki -taka' sepertimana yang diamalkan oleh Barcelona sehinggakan Swansea dikenali sebagai Swansealona. Dibawah bimbingannya Swansea berjaya menduduki tempat ke 11 dalam Liga Perdana pada musim lalu.

Selepas King Kenny dipecat oleh pihak FSG, Liverpool dikaitkan dengan banyak pengurus yang  berkaliber, antara pengurus yang menjadi spekulasi pada ketika itu adalah nama-nama seperti Louis Van Gaal, Roberto Martinez dan Andre Villas-Boas. Walau bagaimanapun, FSG telah memilih Brendan Rodgers untuk menduduki kerusi panas di Anfield itu. Brenden Rodger tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat sokongan peminat. Sikap beliau yang tenang dan bijak dalam sidang akhbar telah memberikan peminat Liverpool penuh dengan keyakinan dan cara beliau melontarkan pandangan telah disamakan dengan lagenda besar Liverpool iaitu Bill Shankly.

Setakat ini keputusan perlawanan masih belum memihak kepadanya dengan hanya sekali menang besar ke atas Norwich City dan keputusan lain hanya seri dan kalah ( masih lagi belum menang di Stadium keramat Anfield). Apa yang menarik adalah cara permainan Liverpool yang menarik dengan hantaran-hantaran pendek dan pantas telah berjaya memberi sedikit kelegaan kepada peminat Liverpool. Tidak hairan jika dia membeli Joe Allen dan Fabio Borini untuk bermain dengan Liverpool musim ini kerana dia memerlukan pemain pemain yang sudah biasa denganya untuk mencorak gerakan permainan dalam Liverpool. Setakat ini nampaknya pemain senior mula serasi dengan cara permainan yang cuba diterapkan oleh Brendan Rodgers, manakala pemain pemain muda dilihat mudah untuk menyerap cara yang cuba dipraktikkan olehnya.

Brendan Rodgers boleh menjadi lagenda di Liverpool jika dia diberi peluang yang lama dalam mengendalikan Liverpool. Aku percaya setiap perubahan mungkin akan mengabil masa yang lama dan kepercayaan ini harus di piku bersaa peminat Liverpool. Peminat Liverpool haruslah mempunyai kesabaran yang tingi jika hendak melihat Liverpool berjaya di asa depan. Beliau adalah pilihan FSG, bukan peminat dan beliau boleh mungkin boleh mengendalikan pasukan dalam jangka masa yang lama, cuma nasib masih belum menyebelahi beliau. Kita kini ditangga ke 14 Liga dan ianya bukan sesuatu yang disukai oleh peminat. Brenden Rodger harus elakukan sesuatu pada jendela perpindahan Januari 2013, dimana kita memerlukan seorang striker yang klinikal dihadapan pintu gol. Brendean Rodger mungkin telah melihat kekurangan ini dan pastinya dia telah melakukan analysis player mana yang hendak dibawanya nanti. Sekarang marilah kita bersatu dari menyalah mana mana pihak dengan nasib yang masih lagi belum meyebelahi kita. Berikan sepenuh kepercayaan kepada Brendan Rodgers untuk terus mengendalikan Liverpool pada masa hadapan. Dengan itu Keep the faith to all the Kops! You'll Never Walk Alone!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...