Saturday, 3 November 2012

Rumours: Klaas-Jan Huntelaar

Klass-Jan Huntelaar

Liverpool nampaknya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Belanda yang berusia 29 tahun ini dari Schalke. Beliau merupakan penyerang untuk Schalke04 dan pernah bermain bersama-sama dengan Luis Suarez di Ajax menjadi sasaran Brendan Rodger untuk menguatkan barisan penyerang Liverpool yang dilihat tumpul musim ini iaitu hanya 12 gol dalam sembilan perlawanan Liga?!.. haishhh!!

Untuk mendapatkan khidmatnya pada Januari ini dengan harga sekitar 16M pound dengan usianya akan mececah 30 tahun adalah agak mahal sedangkan si Henry lebih berminat jika Liverpool dapat mencari penyerang berbisa yang masih muda. Si Huntelaar ini sebenarnya telah menjaringkan 47 gol dalam semua kejohanan musim lalu dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk Liverpool musim ini. Jika ini solutionnya untuk sementara waktu diharap ianya akan membuahkan hasil sebelum penyerang-penyerang muda Liverpool yang ada seperti Yesil, Borini dan sebagainya dapat diserap sepenuhnya dalam kesebelasan utama. Apa pun kita tunggu Januari nanti! YNWA




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...